Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak sayuran
2 ulas bawang putih
3 ekor udang harimau (buang kulit)
1 biji telur
175 gm mi Sen Lek (rendam dan tuskan)
2 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu besar sos ikon
1/2 sudu kecil gula
2 sudu besar kacang tanah (kisar)
2 sudu besar udang kering
1/2 sudu besar serbuk cili
1 keping tauhu (hancurkan)
30 gm tauge
2 tangkai daun bawang (potong 2.5 cm)
Cara membuat:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga kekuningan . Kemudian masukkan udang .
2. Kacau rata. Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan mi yang telah direndam tadi. Masukkan juga, jus lemon, sos ikan, gula, sebahagian kacang tanah,udang kering , serbuk cili dan kacau rata . Kemudian masukkan sebahagian tauge dan daun bawang . Kacau rata dan biarkan sebati selama tiga minit. Kemudian angkat.
4. Hiaskan bersama kacang tanah,udang kering dan tauge di atas mi tadi. Jika suka hidangkan bersama serbuk cili,potongan lemon dan daun ketumbar.
From Majalah Wanita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment