Thursday, March 26, 2009
Otak-otak Udang
Bahan-bahan:
Daun pisang secukupnya
Kubis secukupnya (hiris)
175 gm udang
2 sudu kecil pes kari
10 helai daun basil (cincang)
3 helai daun limau purut (cincang)
1 biji telur
2 sudu besar santan pekat
1 sudu besar sos ikan
Untuk hiasan:
2 sudu besar santan pekat
1 biji cili merah (buang biji)
3 helai daun limau purut (ambil daun sahaja)
Cara membuat:
1 . Bentukkan daun pisang tadi menjadi sebuah mangkuk bulat.
2. Letakkan kubis di bahagian bawah mangkuk tadi. Ketepikan.
3. Udang dikisar halus dan campurkan dengan serbuk kari. Campurkan cili merah,
daun basil, daun limau purut, telur, santan pekat dan sos ikan. Gaul rata.
4. Masukkan bahan tadi ke dalam mangkuk-mangkuk yang diperbuat daripada daun pisang. Kemudian letakkan kubis yang dicincang di atasnya.
Curahkan sedikit santan pekat dan cili merah yang dipotong halus.
5 . Kukuskan otak-otak tadi selama 20 minit. Setelah masak, angkat.
From Majalah Wanita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment